Monday, September 17, 2018

Air Mata


Part 1 : Tangisan Kecil

Sudah 5 tahun sejak perkahwinan ini termakbul tidak pernah sedikit-pun rasa kebahagiaannya benar-benar bahagia. Kerap kali ada sahaja yang tidak kena, salah ini di bebel, salah itu dileteri... Manakan tidak si isteri terasa kosong. Hidupnya yang dulu penuh keceriaan kini tidak lagi seperti hidup di usia remaja.



Bunga yang mekar kini tidak lagi seharum merbak, senyum yang manis tidak lagi kelihatan, yang ada cuma linangan air mata membasahi pipi si isteri... Hidup dalam kekeluargaan amat penting namun tidak sedikit pernah merasa kasih dan sayang sentuhan keluarga setelah berumah tangga.

Hari demi hari timbul seribu satu persoalan si isteri, dalam hati kecil kenapa dia tidak pernah merasa sebahagian bahagianya seperti seorang isteri-isteri di luar sana, mengapa harus ada linangan air mata yang harus ku alirkan? Apa salahku?

Tidak cukupkah dengan apa yang ada pada diri ini? tidak-kah aku juga cantik seperti perempuan lain? Inilah antara pertanyaan yang selalu bermain di onak fikiran si sang isteri. Tidak tertahan dengan kehidupannya yang menginginkan kasih dan kebahagiaan hampir membuatnya gila.

Namun perasaan untuk bertahan tetap tertahan percaya bahawa kisah hidup bukan seperti cinderella mau pun snow white yang selepas bertemu-nya dengan sang putera terus berbahagia tidak. Ini adalah satu hal dan cabaran di mana ia memerlukan...

Share:

Sunday, September 16, 2018

Pencuri


Part 1 - Hidup Ini Tidak Adil



Dalam dunia tidak ada istilah yang mengatakan manusia itu sempurna melainkan ko lahir sebagai seorang malaikat tapi malaikat pun ada batasnya, manusia tidak mempunyai sayap, tapi malaikat pula tidak boleh memiliki hal duniawi tapi mengetahuinya...

Kita sering mendengar hidup ini tidak adil, kenapa? Kerana ketidakstabilan persekitaran kita tidak kira ekonomi, kekeluargaan malah keperluan harian kita tidak mencukupi di mana benda-benda asas yang kita perlukan tidak cukup seperti orang lain. Sering kali timbul dalam akal fikiran kenapa kita tidak macam orang lain? kenapa sy tidak kaya?

Begitu banyak timbul tanda tanya sehingga dunia tidak boleh menjawabnya... Ada yang di lahir kan sebagai anak orang kaya, ada yang miskin, ada yang pandai, ada yang tidak pandai, ada yang punya kereta, ada yang tidak, ada yang cukup makan-nya, ada yang memakan sisa orang, ada yang disayangi ada yang tidak, kenapa?

Ada yang terbiar ada yang terjaga? sampai satu tahap gunung berapi pun meletus. Onak duri asam garam di dunia ini tidaklah sekejam mana yang ada cuma "bukan masa kita" belum "masa kita" ada hari senang ada hari susah mungkin di hayat ini bukan masa kita.

Namun kemahuan kita begitu kuat kita mau seperti yang lainnya! Kita juga mau setara dengan kehidupan yang lain biarpun hidup ini tidak adil itu bukan penghalang untuk mewarnai takdir kita, ada orang cakap takdir itu di tangan Tuhan, segalanya sudah tertulis. Hai kawan, kalau ko tunggu saja tanpa buat apa-apa tiada apa akan berlaku.

Maka sy pun tergerak hati dan berkata dalam hati kecil ini "what can I do?" (apa sy boleh buat?) Kita dilahirkan dengan pelbagai karekter bermacam ragam ada yang cantik, hensem tapi...

Share:

Kisah Si Pekebun Bunga

Part 1 - Minat Bunga

Aku hadi (bukan nama sebenar) kisah ini adalah tentang minat aku terhadap bunga ros tak kisah lah ros merah, putih yang penting aku minat ros. Kisahnya bermula disebabkan mak sangat suka bunga (dia) dengan rutin hariannya pasti dengan bunga tak kira pagi, tengahari, petang ada sahaja masa free mesti dengan bunga.


Sampai satu masa mak kumpul macam-macam jenis bunga ada bunga kertas, bunga orkid, bunga terampai, boleh dikatakan lebih 30 jenis bunga yang ada di halaman rumah nak kata taman tak juga yang best tu bangun pagi kan kau bawa segelas kopi duduk di halaman rumah terasa nyaman sangat. Hati rasa tenang, suasana serta peredaran udara juga terasa lembut dirasa dan dihirup mana-kan tidak mesra alam semula jadi halaman rumah macam dekat tengah hutan. Dilengkapi dengan kicauan burung sudah pasti lengkap dengan flora fauna-nya.

Masa aku umur 9 tahun hobi emak mengebunkan bunga-bunga di halaman tidak-lah sebesar mana seingat aku ada sekitar 10 - 15 pasu sahaja itu pun bunga jenis bunga kertas, orkid, dan lidah buaya jenis yang tahan punya lah...

Daripada aku 9 tahun aku sudah mula mengenal dan memahami hobi emak yang suka kepada bunga, tapi masa tu aku suka pada bunga kertas saja sebab bunga tu cantik tak tau lah nak terangkan cantiknya macam mana tapi yang pasti cantiknya asal nampak saja hati ini terasa begitu tenang.

5 tahun berlalu, emak masih dengan rutin bunga tapi sekarang bunga ada banyak sikit dah hehe... berbagai bunga yang mak tanam dan ada juga yang beli, emak hujung minggu akan turun ke pasar sama ada pasar minggu keningau, Tenom, dan ke Kundasang untuk mencari bunga ada satu masa tu kita satu family sanggup jalan jauh ke Kudat semata-mata untuk cari bunga saja ya 😂 tapi perasaan tu orang cakap wow the best feeling ever macam budak yang craving makan ice-cream.

Hari demi hari, hobi emak semakin tersemat dihati ini, mungkin ini adalah...

Share:

MIMPI

Part - 1 Mimpi dalam mimpi. 

Petang tu cuaca agak redup, sejuk nda juga... tapi dengan keadaan tiupan angin sepoi-sepoi terasa sejuk sampai bulu tengkuk meremang, dalam hati (alaa biasa-lah mau hujan kali) jam pula menunjukkan lebih kurang 05:00 petang tapi awan sudah mulai gelap, mungkin sekejap lagi hujan pun turun-lah ni kata hati-ku.

Dalam masa yang sama aku mengambil sebatang rokok dan segelas kopi yang masih panas untuk dinikmati sambil-sambil berfikir panjang apa mau di-kerjakan esok tau-tau saja aku ni orang-nya jenis mesti akan berfikir apa yang mau di-buat esok.
Masa pun berlalu sesaat demi sesaat  aku terus layan kopi dengan rokok yang tersisip di jari sedang-sedang aku menghirup kopi yang masih panas tu tiba-tiba aku terdengar suara kecil memekak dari hadapan rumah. Aku pun hairan siapa-lah yang datang ni haihhh mau minum kopi pun nda tenang!

Dengan lantas aku pun berdiri menjengah ke hadapan rumah mau tengok siapa yang memekak jam-jam begini ni tanpa buang masa aku... bommmmmm!!! (guruh di langit meletus) pap pip pip pap sawadikap praiiiiiii eiii mak kau! segala silat yang tak pernah aku tau ter-kuntau dengan nda sengaja! haihhh! celaka betul! (ter-tanpa sengaja maaf) baru guruh boleh terkejut habis kopi jantan aku jadi betina tumpah semuanya.

Nda lama selepas tu terdengar bunyi ketukan manja pintu dari arah dapur. Eh siapa pula yang ketuk ni belum buka pintu depan, belakang pula sudah bunyi (dalam hati kecil ku) mungkin si kucing agaknya... Aku pun masuk dapur ambil kain lap untuk lap lantai yang dibasahi kopi tumpah tu malu-lah ada tetamu tapi semak kelihatan (dalam hati) selepas saja selesai bersihkan lantai aku masuk dapur dan simpan kain lap tadi.

Kembalinya aku terus ke depan rumah untuk membuka pintu sejurus selangkah aku melangkah-kan kaki kanan ke depan aku terkaku seketika seolah-olah...
Share:

Hot Story

Fund Story

Search Story

Blog Archive

Fund Story. Powered by Blogger.

About Me

Air Mata

Part 1 : Tangisan Kecil Sudah 5 tahun sejak perkahwinan ini termakbul tidak pernah sedikit-pun rasa kebahagiaannya benar-benar bahagia...