Part 1 - Minat Bunga
Aku hadi (bukan nama sebenar) kisah ini adalah tentang minat aku terhadap bunga ros tak kisah lah ros merah, putih yang penting aku minat ros. Kisahnya bermula disebabkan mak sangat suka bunga (dia) dengan rutin hariannya pasti dengan bunga tak kira pagi, tengahari, petang ada sahaja masa free mesti dengan bunga.
Sampai satu masa mak kumpul macam-macam jenis bunga ada bunga kertas, bunga orkid, bunga terampai, boleh dikatakan lebih 30 jenis bunga yang ada di halaman rumah nak kata taman tak juga yang best tu bangun pagi kan kau bawa segelas kopi duduk di halaman rumah terasa nyaman sangat. Hati rasa tenang, suasana serta peredaran udara juga terasa lembut dirasa dan dihirup mana-kan tidak mesra alam semula jadi halaman rumah macam dekat tengah hutan. Dilengkapi dengan kicauan burung sudah pasti lengkap dengan flora fauna-nya.
Masa aku umur 9 tahun hobi emak mengebunkan bunga-bunga di halaman tidak-lah sebesar mana seingat aku ada sekitar 10 - 15 pasu sahaja itu pun bunga jenis bunga kertas, orkid, dan lidah buaya jenis yang tahan punya lah...
Daripada aku 9 tahun aku sudah mula mengenal dan memahami hobi emak yang suka kepada bunga, tapi masa tu aku suka pada bunga kertas saja sebab bunga tu cantik tak tau lah nak terangkan cantiknya macam mana tapi yang pasti cantiknya asal nampak saja hati ini terasa begitu tenang.
5 tahun berlalu, emak masih dengan rutin bunga tapi sekarang bunga ada banyak sikit dah hehe... berbagai bunga yang mak tanam dan ada juga yang beli, emak hujung minggu akan turun ke pasar sama ada pasar minggu keningau, Tenom, dan ke Kundasang untuk mencari bunga ada satu masa tu kita satu family sanggup jalan jauh ke Kudat semata-mata untuk cari bunga saja ya 😂 tapi perasaan tu orang cakap wow the best feeling ever macam budak yang craving makan ice-cream.
Hari demi hari, hobi emak semakin tersemat dihati ini, mungkin ini adalah...







0 comments:
Post a Comment